Friday, 28 December 2012

Kelebihan Aura Maya

Bagus ke Aura Maya ni ? Sebelum menggunakan Aura Maya mesti pelbagai persoalan yang bermain diminda .  Macam la saya juga masa mula-mula dulu nak guna . Di sini saya berikan kelebihan atau kebaikan Aura Maya menyelesaikan masalah kulit  . Antaranya ialah :

- Jerawat
- Parut jerawat baru dan lama
- Jeragat
- Kulit kusam dan tidak bermaya
- Kulit tidak sekata
- Lebam bawah mata
- Mempunyai kedutan dan nampak tua
- Kulit yang kasar
- Gelap
- Bintik hitam dan bintik putih
- Liang roma terbuka
- Muka terlalu kering
- Kulit sensitif (dah try banyak produk tapi semua tak jalan)
- Pigmentasi
- Muka terlalu berminyak

Haa tu lah antara masalah-masalah yang dapat diselesaikan menggunakan produk Aura Maya . Dulu masa saya sunburn tak tahan sangat dengan kulit muka sebab pedih . Dalah 3 minggu berjemur dalam kolam renang lepas tu dengan air klorin dalam kolam lagi . Sabar je la . Sebab minat sangat berenang jadi kenalah korbankan kulit muka .

Masa kursus berenang tu kulit muka rasa pedih dan sangat kering . Saya pernah juga cuba produk lain tapi hanya dapat sejukkan kulit yang da terbakar tu je . Krim tu memang sejuk sangat . Sebab diperbuat daripada iceberg . Pencuci muka pun saya cuba yang lain . Ingatkan beli yang mahal hilang tapi sama juga . Nasib ada rakan saya yang syorkan Aura Maya ni kalau tak memang lama baru hilang sunburn . Terima kasih :)

Set Aura Maya - New Version

Assalamualaikum dan selamat petang . Alhamdulillah jerawat da nak hilang . Seronok sangat . Permintaan terhadap set baru Aura Maya ni banyak juga . Saya akan cuba cepatkan masa untuk order . 5 set da reserve . Ada lagi yang bertanya . Tapi baru tanya-tanya je dulu . Tak sangka permintaan terhadap produk ni tinggi juga . Alhamdulillah sebab ramai customer yang percaya akan produk ni . Termasuklah saya . Harap produk ni jadi produk no 1 pada masa akan datang :)

Berikut merupakan set Aura Maya yang baru . Dalam 1 set terdapat Intense Day & Night Cream, Anti Aging Whitening Serum dan Facial Soap . Saya tak cuba lagi set baru ni . Sebab set lama masih ada . 

Monday, 24 December 2012

Jerawat ? Ahh tidakkkk !

Assalamualaikum . 2 hari lepas tiba-tiba ada jerawat seketul dekat pipi kanan . Terkejut sangat sebab sebelum nie xpernah naik jerawat . Seperti biasa saya cuci muka dengan sabun Aura Maya dan pakai krim macam biasa . Alhamdulillah dalam 2 hari jerawat tu da kecut . Sekarang nie tengah tunggu kesan jerawat je hilang . Ishh macam mana boleh naik jerawat . Nasib seketul je . Dan selamat ada penyelamat Aura Maya . Hehe . Sejak pakai Aura Maya ni rasa seronok sangat sebab kulit muka da bersih dan sunburn da hilang . Sangat sangat terkejut apabila kulit muka da cerah . Okay tujuan asal saya guna Aura Maya ni untuk hilangkan sunburn je sebenarnya . 


Haa kat atas tu gambar saya sunburn . Takut sangat . Ni la hadiah saya dapat selepas kursus berenang selama 3 minggu . Tapi sijil saya kursus dapat la jugak . Hehe . 


Yang gambar atas ni pulak gambar saya terkini . Tak ada edit ye . Original ! 

Saturday, 22 December 2012

Beans Bag

Beans Bag ni bantal tapi dalamnya bukan fiber/span . Dalam bantal ni beans . Alaa macam yang jual kat kedai tu . Yang biji dalamnya tu . Saya buat ni pun sebab permintaan customer . So teruskan la kalau ada yang berminat nak beli . Hehe

RM 40.00/per paxPostage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)


RM 40.00/per pax
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)



Passport Holder

Saya memang suka benda yang comel-comel . Ni antara design passport holder yang saya buat . Saya juga boleh jahitkan mengikut design yang anda mahukan .


RM 10.00
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)

RM 10.00
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)

RM 10.00
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)

RM 10.00
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)

RM 10.00
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)

RM 10.00
Postage : RM 6.00 (Semenanjung)
RM 10.00 (Sabah&Sarawak)

Cara Penggunaan Aura Maya New Version

CARA PENGGUNAAN AURA MAYA NEW VERSION :

PADA WAKTU SIANG:


Aura Maya Improved Formula - New Version

Assalamualaikum dan selamat tengah hari . Dah lunch ? Jangan lambat makan nanti perut masuk angin . Hehe . Okay pagi tadi dapat mesej customer nak beli new version Aura Maya . Untuk yang new version punya saya belum ada stok lagi . Tengah order . InsyaAllah tak lama lagi ada . Bila saya da dapat stok saya update okay . Ramai yang tanya apa beza set yang lama dan set yang baru ? Kenapa buat kat Korea pulak ? Okay untuk memudahkan semua customer saya bagi sesi soal jawab yang saya ambil daripada pengedar Aura Maya . Bolehlah refer .


Soalan 1: Apa beza Aura Maya lama dengan Aura Maya baru ni? How it is different with the classic old Aura Maya?
Jawapan :  OLD Aura Maya consists of : Sabun + Krim Siang + Krim Malam.
                 NEW Aura Maya will have : the same Sabun + Intense Day and Night Cream + Anti aging &                                                                 Whitening Serum.

Soalan 2: Kenapa amik formulation from Korea? Bagus ke?
Jawapan: Bukan bagus, tapi sangat2 bagus. Fyi, Korea is one of the most leading country yang menghasilkan skin care terbaik untuk orang Asia. Kami dimaklumkan formula terbaru ni setaraf dengan produk international macam SKII dan kilang yang buat formula ni adalah kilang yang terkemuka di Korea yang memang bukan mudah untuk terima produk yang tidak berkualiti. Alhamdulillah produk Aura Maya diterima oleh mereka untuk diformulasikan dengan lebih baik. Oh cuba tengok kulit orang Korea, licin dan sangat2 mulus kan.

Soalan 3: Apsal, yang old formula tak bagus ke? 
Jawapan: Aura Maya yang lama memang diakui bagus, kalau tak masakan beribu testimonial kami terima (oh nanti next entry nak update semua testimonial), masakan 17,000 set terjual dalam masa 3 hari. Cuma Aura Maya yang baru ni, kita tambah baik. In sya Allah, kesan pemakaian akan jadik lebih baik, lebih efektif dan lebih cepat berbanding yang lama.

Soalan 4: Organic formulation jugak ke macam old Aura Maya?
Jawapan: Ye. Diperbuat daripada tumbuh2an dan buah2an. 

Soalan 5: Halal ke?
Jawapan: Iye pasti halal. Nanti kat kotak Aura Maya ada tanda halal tu jangan risau.

Soalan 6: Harga sama ke?
Jawapan: For the time being, iye harga sama.

Soalan 7: Packaging sama ke?
Jawapan: For the time being, iye packaging sama.


Okay yang ni pulak pesanan daripada pengeluar Aura Maya, Zamaya Network.


Salam kepada semua peminat tegar AM. Maaf kerana x memberi maklumbalas kepada semua yang membuat post di Facebook kami. Ini bukan disengajakan, tetapi kami sedang berusaha untuk memenuhi permintaan yang begitu hangat, dan selalunya melebihi pengeluaran.

Kami dalam beberapa bulan yang lepas telah berusaha untuk mendapat pruduk yang setanding 

dgn yang sedia ada. Alhamdullilah, berkat usaha dan doro
ngan peminat2 AM, kami akan mengeluarkan produk baru. Ianya organik sepenuhnya dan lebih berkualiti yang difomulasikan oleh sebuah syt pengeluar kosmetik terkemuka Korea.

Kami telah membuat beberapa penyesuaian bagi memenuhi keperluan penguna negara kita. Produk ini akan lebih senang diterima oleh penguna2 kerana informasi produk lengkap berserta tanda halal Malaysia. Kelulusan KKM dalam proses. Oleh kerana ianya dikeluarkan oleh sebuah kilang besar di Korea, keputusan stok tidak akan berlaku. Penghantaran adalah melalui udara.

Buat permulaan, produk kami akan mengunakan kotak yang sama, dan kami juga mengunakan sabun yang sama, tetapi set kami mengandungi satu Intense Day and Night Cream {boleh digunakan siang & malam} dan satu Antiaging & Whitening Serum {Serum Anti-penuaan & Pemutihan} Harga tetap SAMA.

Pada masa akan datang kami akan menukar pakaging untuk dilengkapkan dengan Cleanser & Toner juga dari Korea. Untuk mengetahui lebih lanjut sila cuba sendiri apabila produk kami dikeluarkan seawal pertengahan Dec 2012 ini. Kita belum ada produk yang siap untuk di Post. Selamat Mencuba."

Sumber daripada pengedar Aura Maya

Cara Penggunaan Aura Maya


  • Sabun - Sabun dipakai 3 hari berturut-turut, hanya menggunakan sabun saja ! ini untuk meneutralkan kulit wajah dari penggunaan kosmetik-kosmetik sebelumnya (jika sebelum ni ada pakai product yang jenis kuat menipiskan kulit)

  • Krim Siang & Krim Malam - Dipakai lengkap setelah memakai sabun selama 3 hari. Kemudian hari ke 4, barulah memakai full set. Cara pakai krim, setelah cuci muka dengan sabun algae vit c maka gunakan cream dengan lembut ke wajah. Beri titik-titik di dahi, pipi, dagu dan hidung lalu ratakan dengan lembut. Jangan digosok seperti mencuci muka dengan sabun. Pakai ketika kulit muka masih dalam keadaan lembab, bukan ketika muka masih basah. 

  • Cara pakai bg kulit sensitif - Kulit sensitif, gunakan sabun terlebih dahulu selama 3 hari untuk membersihkan. Selanjutnya, gunakan krim siang selama 1 minggu. Setelah adaptasi, gunakan keseluruhan produk sesuai aturan.

  • Cara pakai bg kulit berjerawat - Kulit berjerawat, bersihkan wajah dengan sabun lebih kerap dan diikuti pakai krim siang/mlm mengikut waktu. 

tips: Satu Paket perawatan ini biasanya untuk 2 - 3 bulan (saya pakai 3 bulan) tapi bergantung pada cara penggunaan kita juga ya. Supaya sabun tidak cepat habis, disarankan untuk memotong sabun menjadi 8 bahagian. Untuk kulit berjerawat kena kerap cuci muka dengan sabun ini. 

Harga 1 Set


1 set Aura Maya terdiri daripada sabun cuci muka (kuning/hijau), krim siang dan krim malam . Harga 1 set ialah :

RM 140.00 termasuk pos (Semenanjung Malaysia)

RM 150.00 termasuk pos (Sabah&Sarawak)




Aura Maya Selamat & Suci

Ini merupakan analisis yang dijalankan di UTM Skudai berkenaan produk Aura Maya . Ternyata Aura Maya selamat dan suci digunakan .

ANALISIS SABUN CUCI MUKA
ANALISIS KRIM SIANG



ANALISIS KRIM MALAM


Set Aura Maya

KRIM SIANG & KRIM MALAM - AURA MAYA

KRIM SIANG (15 gram)

- Sebagai pelindung UV . Melembabkan kulit wajah dan mencerahkan selepas kulit mati disingkirkan . Jadi tugas krim siang untuk memelihara lapisan paling atas (untuk matangkan kulit yang baru keluar) Setelah proses penyingkiran sel kulit mati masa cuci muka . Jadi dia akan elakkan kulit dari terlalu tegang . Pendek kata dia akan lembabkan kulit pada siang hari selain mengekalkan minyak semulajadi kulit tambah ada kolagen semula jadi yang terdapat di dalam tumbuhan rumpai laut dan beberapa tumbuhan lain . Sebab tu bila pakai Aura Maya nampak kulit seakan pakai botox .

KRIM MALAM (15 gram)
- Menyingkirkan sel kulit mati dan sekaligus membaiki kulit . Juga bertindak sebagai pembasmi bakteria yang ada di kulit .  Sebab tu bila ada jerawat boleh kecut atau lepas kita picit jerawat esoknya jerawat terus kecut dan kering sebab dalam Aura Maya krim malam ada antibakteria .


SABUN VIT E & C - AURA MAYA

SABUN VIT E (sabun kuning) (30 gram)


- Ada kandungan madu & vit E - tujuannya untuk lembutkan kulit . Bila kita pakai krim malam dia baiki kulit . Jadi kulit mati akan kering tapi tidak lembut jadi payah nak keluar dengan mudah . Jadi bila cuci muka pakai sabun ni masa cuci tu dia akan keluarkan segala sel kulit mati tu jadi tak ada la heavy peeling macam sesetengah produk yang heavy peeling atau over peeling . Nampak ketara bila pakai krim tapi Aura Maya berbeza sebab dia peeling masa kita cuci muka tu so bila apply krim tak nampak la kelupas2 yg menjengkelkan.

SABUN VIT C (sabun hijau) (30 gram)


- Hanya digunakan untuk masalah jerawat / jeragat yg terlalu teruk . Kalau dah guna sabun kuning, tak selesai gak masalah jerawat / jeragat tu, baru guna sabun hijau . Harap info ini dapat membantu . 



Sumber daripada pengedar produk Aura Maya

Aura Maya Skin Care

Assalamualaikum dan selamat malam . Disebabkan permintaan tinggi terhadap produk Aura Maya ni saya pun memulakan langkah untuk membuat blog mengenai produk ni . Saya juga merupakan dealer produk ni dan saya juga pengguna Aura Maya . Sangat berpuas hati .

SEBELUM DAN SELEPAS SEBULAN

                                                                      
Gambar ni merupakan keadaan kulit muka saya sebelum da selepas menggunakan produk ni . Saya mula menggunakan produk ni selepas habis kursus berenang selama 3 minggu . Muka jadi sunburn macam dalam gambar tu . Macam - macam produk saya guna sebab nak hilangkan sunburn . Akhirnya rakan saya cadangkan guna Aura Maya . Pada mulanya saya ragu - ragu juga nak guna . Tapi setelah saya baca blog mengenai produk ni dan lihat testimoni saya ambil keputusan nak guna juga . Alhamdulillah setelah sebulan saya dapat hasil yang amat memberangsangkan . Sekarang sudah 2 bulan lebih saya guna produk ni . 

Kulit muka saya memang tidak mempunyai sebarang masalah . Saya guna Aura Maya pun pada mulanya hanya untuk hilangkan sunburn . Tak sangka pula setelah guna kulit saya jadi licin, bersih, cerah dan terasa segar setiap hari . Dulu bila nak keluar jalan - jalan saya memakai mekap . Foundation, compact powder semua tapi sekarang saya hanya memakai bedak bayi, eyeliner dengan lip balm je . Menjimatkan wang dan masa saya . Hehe

Setelah saya dapat kesan yang baik barulah saya cadangkan kat rakan - rakan saya dan mula menjadi dealer . Mak dan adik saya pun guna juga . Akan datang saya akan post entri tentang mereka .