Assalamualaikum dan selamat petang. Okay hari ni sy nak post pasal cara penggunaan Aura Maya formula Korea kepada anda semua.
1) Pastikan tidak mencampur penggunaan Aura Maya yang baru dan Aura Maya yang lama/produk lain. Ini kerana Aura Maya yang baru berbeza dengan Aura Maya yang lama adalah berbeza bahan kandungan di mana Aura Maya yang lama herba dan Aura Maya yang baru adalah organik. Jika digunakan bersama, kemungkinan akan berlaku tindak balas kimia yang terhasil daripada produk lama yang akan menyebabkan reaksi terhadap kulit seperti keluar jerawat, ruam dan kulit menjadi gelap atau kemerah-merahan.
2) Sebelum memulakan penggunaan produk Aura Maya yang baru ini, dinasihatkan berehat dari memakai sebarang produk dalam tempoh 5-7 hari (hanya penggunaan sabun sahaja).
3) Untuk 2 minggu pertama penggunaan, selepas mencuci muka dengan sabun, hanya perlu pakai 'Intense Cream' sahaja pada waktu siang dan malam. Sapu nipis sahaja.
4) Pada minggu ketiga penggunaan Aura Maya baru, bolehlah memulakan penggunaan 'Antiaging Whitening Serum' pada waktu malam. Hanya titiskan 1-2 titisan ke tapak tangan kemudian ratakan di muka. Gunakan 'Intense Cream' pada waktu siang seperti biasa.
5) Selepas 3 minggu penggunaan, terpulang kepada pengguna samada mahu meneruskan langkah 4 atau menggunakan kaedah penggunaan yang telah disarankan sebelum ini iaitu 'Antiaging Whitening Serum + Intense Cream' pada waktu siang dan malam.
6) Sekiranya anda ada membuat rawatan muka/facial di salon yang menggunakan produk lain, anda dinasihatkan supaya menggunakan produk Aura Maya semula selepas 2-3 hari, kecuali salon tempat anda facial menggunakan produk organik juga.
SELAMAT MENCUBA :)








